Saturday, 4 February 2012

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN & TEKNIK MENERAN DI BILIK BERSALIN

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN 
(Copy paste dr sahabat FB)
1. Angkat kepala dagu cecah dada.
2. Mata pandang perut
3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat
5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
6. Baca bismilah, selawat & doa2 yang biasa diamalkan
7. Tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat) 

TEKNIK MENERAN DI BILIK BERSALIN
 
"Overwhelming Urge"

Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.

 
"So-so urge"
Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).


"No Urge"

Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.


"Teknik spontan"

Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.


"Teknik Purple Pushing
"
Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

 
"Teknik Laboring Down
"
Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.



practice makes perfect. hehe. tq cik Blog Ibu Hamil

by today kite da sarat preggy 37wiks + 1day or = 9month 8day
wahhh kejap jerr rase, mcm smlam jer bru taw result UPT yg double line n +ve i2

skgni kite da banyak rase skt2 tp xtawlaa bile nak bersalinnyer
ank 1st dlu kuo on 37wks6days...waahhh mane kite xcuakk skgni?..
anytime jerr ni nk kuo ni...bidan pon ckp mcm 2, hihik
siyes ckp xsabo nk tgkk bby taw, rse nk suh die kuo cpt2
tp ble ngenangkan labor room n saat2 nk mengeluokan 1nyawa huii mmg seram sejuk d watnye

doa2 kan lerr yer kgkwn...semuge ibu n baby slamat....


Da Baca ? Sila Like , Donate N Komen Kalau Sudi .

9 comments:

Ungu Violet said...

semoga semuanya selamat..:)

cikorked said...
This comment has been removed by the author.
INA_Noorlina said...

@maizatul azrina yaakob: msti xde pngalaman lgni, yex? ;p

Zierwa Zainal said...

semoga semuanya selmt ye.. =)

INA_Noorlina said...

@zierwa zainal: tq yerr :) arp cam 2laa...

Arra Ahmad said...

semoga semuanya selamat..hehe

Dunia Mommy Comel said...

Uiks sy ni bru nk merasa kesakitan bersalin maklumla bru dpt rezeki drNya. Bila baca bole je blgak cool tpi bila byang..adoiyaiiii takutnya..huhu