Saturday, 11 February 2012

SEMUA BENDA YANG BERKAITAN DENGAN VALENTINE HARAM..



SOALAN :

Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan Muslim yang meraikannya?

JAWAPAN :

BENAR HUKUM MENYAMBUTNYA HARAM...

JUAL BUNGA.?? HADIAH..??

Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi SAW, kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air.

(RIWAYAT AL HUMAIDI)

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk meraikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.

HAAA.. LAGI SATU Dilarang juga saling mengirim ucapan bersempena hari ini.


Da Baca ? Sila Like , Donate N Komen Kalau Sudi .

1 comments:

fRaMe+LenSeS said...

menda yang tak baik ni. pakat nak ikt. kempen tutup aurat tak hran plak. itulah dia. depa dah rosakkan fikiran orang islam sekarnag. mgoa2 ALLAH buka minda suma. amin2.