Friday, 20 January 2012

TANDA- TANDA HENDAK BERSALIN, PETUA MUDAH BERSALIN, PETUA SELEPAS BERSALIN, PETUA MEMBANYAKKAN AIR SUSU BADAN SELEPAS BERSALIN

TANDA- TANDA HENDAK BERSALIN

PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.

Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.

Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.

Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.

Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.

Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.

Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.

Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.

Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.

Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).

Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.

Sumber: Harian Metro


PETUA MUDAH BERSALIN
  • Mengamalkan surah Maryam, Surah Al-Anbiya' ayat87, Ayat Kursi / Al-Baqarah ayat 255,  Surah Al-A'raf ayat 54, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas, mengucap & selawat
  • Mengamalkan zikir Asmaul-Husna: Ya Dzal Jalaali Wal Ikram  - Yang Maha Memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Antara Fadilatnya : Perempuan  yang ingin agar sentiasa tidak merasa sakit ketika hamil, ucapkanlah zikir ini sebanyak 11 kali setiap hari, tiupkan ke dalam air kemudian air itu diminum, Insyallah dia tidak akan sakit dan akan senang ketika melahirkan bayi.
  •  Minum Air kelapa muda, Minum Air selusuh, Minum Air rendaman akar Fatimah
  •  Banyakkan berjalan & Banyakkan 'make love' (phm2 sendiri yerk)
  •  Minta Ampun dan Maaf pada SUAMI, ibu, ayah, mak mertua, pak mertua n semua laa
  •  Masa dalam labour room baca doa Nabi Yunus semasa terperangkap dalam perut ikan.
 "Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang- orang yang zalim" (Surah Al-Anbiya':ayat 87) 
PETUA SELEPAS BERSALIN

Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
  6. Rujuk kat SINI pon boleh..
PETUA MEMBANYAKKAN AIR SUSU BADAN SELEPAS BERSALIN
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:

  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.
  5. Amalkan bacaan surah Al-Hujurat 
hihik layan gambo dynas semasa menyusukan anak dia -ehsan dr pacik gugel, kuikui

wuhuuuuuuuuuu, ku sudaaa genap 35 minggu arini bersamaan 20hb Januari 2012 
haruslaa buat research sikit, diharap dapat membantu hakuu n kawan2 lain yang tengah menunggu masa nk bersalin 2
semoga dipermudahkan dan selamat laa hendaknya ibu n anak yang bakal dilahirkan nanti
doa2kan yer kwn2 ku sekelian..huuu

Da Baca ? Sila Like , Donate N Komen Kalau Sudi .

2 comments:

amy said...

tq k.na...huhu..mula terase debaran nye.....

amy said...

huhhu...mkin nervous rase.....tq sharing tips2 ni k.na..mg2 mdhan slmat sume