
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika
haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh
ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari
faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang
menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi
dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan
berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
Gejala
PCOS boleh terjadi seawal puberti, iaitu ketika haid pertama kali
bermula. Ia disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon dalam
kuantiti yang sepatutnya dan berlakulah ketidak seimbangan hormon yang
menyebabkan tumbesaran folikel terbantut dan gagal mengeluarkan
telur. Walaubagaimanapun kebanyakkannya gejala PCOS berlaku lebih
perlahan lahan dan berperingkat- ringkat dan menjadi lebih ketara
apabila meningkat usia.
Untuk memberikan diagnosa yang tepat, sejarah perubatan akan diambil termasuklah kitaran haid anda dan sejarah keluarga.

