Wednesday, 10 October 2012

Polycystic ovarian disease atau PCOS

 
 
Fakta-fakta penting berkenaan PCOS
  • Polycystic ovarian syndrome atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.                  
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
  • Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
    • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
    • Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
    • Polycystic Ovari
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.                   
  • Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

Polycystic ovarian syndrome atau nama singkatanya PCOS adalah masalah perubatan dimana ovari anda bertindak secara tidak normal yang menyebabkan terjadinya masalah haid tidak teratur, tiada haid dan masalah infertiliti. PCOS adalah diantara penyebab utama ketidaksuburan dan terjadi pada sekitar 5 hingga 10 peratus wanita pada usia reproduksi.
Gejala PCOS boleh terjadi seawal puberti, iaitu ketika haid pertama kali bermula. Ia disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon dalam kuantiti yang sepatutnya dan berlakulah ketidak seimbangan hormon yang menyebabkan tumbesaran folikel terbantut dan gagal mengeluarkan telur. Walaubagaimanapun kebanyakkannya gejala PCOS berlaku lebih perlahan lahan dan berperingkat- ringkat dan menjadi lebih ketara apabila meningkat usia.
Gejala PCOS mungkin termasuk:
  • Menstruasi yang tidak teratur atau tiada langsung sampai berbulan bulan
  • Peningkatan bulu pada badan dan muka (juga dikenali sebagai hirsutism)
  • Jerawat
  • Gelap warna kulit di sepanjang leher, ketiak, celah kangkang, dan di bahagian dalam paha
  • Masalah Obesiti
  • Jangkitan kulat vagina
  • Masalah kencing manis
Apa kesan PCOS terhadap saya dan bagaimana Ia mempengaruhi kesuburan Saya?
Masalah PCOS selalunya berpunca dari kelenjar pituitari lagi. Kelenjar pituitari yang terletak pada otak adalah kelenjar utama  badan manusia yang memainkan peranan dalam mengawal rembesan hormon untuk seluruh tubuh kita. Disebabkan ketidaknormalan pada kadar rembesen hormon LH dan FSH dari pituitari, folikel folikel yang membentuk pada awal kitaran haid gagal matang, menyebabkan telur tidak dilepaskan dan ovulasi tidak berlaku. Disebabkan tiada ovulasi, kadar rembesan hormon progesteron menjadi rendah dan tidak seimbang dengan hormon tahap hormon lain seperti estrogen dan androgen. Progesterone adalah hormon yang penting untuk memastikan kitaran haid yang normal.
Kekurangan hormon progestrone menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya. Bila haid bermula, pengidap PCOS selalunya akan mengalami haid yang banyak dan sakit senggugut yang melampau disebabkan oleh tisu tebal dan darah yang terkumpul akibat dari haid yang lewat.
PCOS juga menyebabkan konsentrasi yang lebih tinggi hormon lelaki (androgen) menyebabkan ramai pengidap PCOS mengalami bulu badan yang berlebihan.
Disamping itu, ramai pengidap PCOS mengalami tahap insulin yang tinggi yang boleh menganggu tumbesaran folikel menyebabkan follikel gagal matang terjadilah cyst cyst  kecil pada ovari . Cyst cyst yang terlalu banyak akan menyebabkan ovari menjadi bengkak dan ini boleh dilihat pada ujian Ultrasound.
Siapa yang Berisiko? Apa Punca PCOS?
Wanita dengan PCOS sering mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah yang sama dan ia dikaitkan dengan masalah genetik. Ini bermakna bahawa jika anda mengalami PCOS, kemungkinan besar anda ibu dan saudara perempuan yang lain juga mengalami PCOS. Sekiranya anda mempunyai anak perempuan, ada berkemungkinan yang anak anda juga mendapat masalah yang sama.
Bagaimana diagnosa PCOS dibuat?
Untuk memberikan diagnosa yang tepat, sejarah perubatan akan diambil termasuklah kitaran haid anda dan sejarah keluarga.
Pemeriksaan fizikal termasuk pemeriksaan faraj and ujian US. Beberapa ujian darah seperti ujian hormon LH and FSH akan diambil. Ujian Ultrasound faraj mungkin juga akan dilakukan untuk melihat dengan jelas cyst cyst kecil pada ovari anda.
Bagaimana PCOS dirawat?
Rawatan bergantung sepenuhnya pada gejala anda dan juga keinginan anda untuk hamil. Saranan selalunya diberikan tentang pemakanan seperti pengurangan karbohidrat dalam diet dan senaman untuk mengurangkan tahap insulin. Bagi mereka yang ingin hamil, ubat subur seperti clomid atau Gonal F akan diberikan untuk mencetuskan ovulasi. Dalam kes- kes dimana ubat subur tidak begitu efektif, ovarian drilling mungkin disarankan untuk memecahkan cyst cyst kecil pada ovari.
Wanita dengan PCOS harus menyedari potensi risiko kesihatan jangka panjang. Risiko untuk mendapat kanser rahim dan kencing manis adalah tinggi.
PCOS juga dikaitkan dengan penyakit jantung, tahap kolesterol yang tidak normal dan tekanan darah tinggi dan wanita yang mengidap PCOS dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin. PCOS adalah masalah yang anda alami sejak anda dilahirkan dan setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. Walaubagaimanpun dengan rawatan yang tepat, gejala PCOS pasti dapat dikawal.
Sekiranya anda berhasrat untuk hamil, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh anda jalani dan menjadi hamil bukan sesuatu yang mustahil. 

Kredit: portal alamhamil


Testimoni Customer yg ada PCOS yg telah menggunakan Jamu Pengantin Daea keluaran Jamu Susuk Dara

28 Ogos 2012

Period x regular, doc sahkan ada pcos, dinding rahim penuh dgn lendir rembesan dr punca pcos. ( Hasil testimoni dr penggunaan JPD utk 3 hari)

" last nite ada kuar benda, yg kuar lendir jernih berjela-jela mcm agar2 tali yg kita rendam x putus sampai kena tarik...terkejut tgk... nanti ubat tu akn kuar ke sis ? atau habis kat dalam tu? kuar sendiri atau kita kena tarik kuar?... nanti jamu apa yg kena cont makan? sebab nak turunkan berat badan gak ni".

Da Baca ? Sila Like , Donate N Komen Kalau Sudi .

0 comments: