Friday, 30 November 2012

COLLAGEN HERBALICOUS WHITE keluaran JAMU SUSUK DARA


 
TERBARU DARI JAMU SUSUK DARA ,COLLAGEN HERBALICOUS WHITE YANG KAYA DENGAN ASTAXHANTIN DAN VITAMIN C ... PRODUK TERBARU DARI SUSUK DARA NI TURUT MENGANDUNGI CAMPURAN ISTIMEWA:


manjakani
kacip fatimah
habbatus sauda
dan beberapa herba terpilih lain


Selain untuk kecantikkan kulit ia juga berfungsi untuk
mengetatkan dalaman,
menguatkan cengkaman otot vagina
mencegah keputihan
mengencangkan payudara
menaikkan punggung
menyihatkan kuku dan rambut
menguatkan otot sendi
melewatkan penuaan
menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata
menutup liang pori terbuka

*sesuai untuk wanita & remaja
*tidak sesuai untuk ibu mengandung

harga : rm100 / 12 sachet

postage : rm7 sem.msia / rm11 SS

rm100 / 12 sachet


TAHUKAN ANDA APA ITU ASTAXANTHIN???

ASTAXANTHIN merupakan salah satu bahan yang terdapat dalam COLLAGEN HERBALICIOUS WHITE produk rangkaian JAMU SUSUK DARA RESOURCES keluaran AMBAR KASTURI

jom baca fakta mengenai ASTAXANTHIN

APA ITU ASTAXANTHIN ?
Astaxanthin dihasilkan dari microalga Haematococcus Pluvialis. Astaxanthin 550 kali Iebih baik berbanding vitamin E untuk menghapuskan radikal beba
s dalam sel-sel. Astaxanthin juga dapat mengelakkan kerosakan DNA, melambatkan kesan penuaan, anti kanser, anti diabetik dan banyak lagi kebaikan-kebaikan yang sedang dikaji oleh bio-saintis seluruh dunia.

KUASA ASTAXANTHIN
Karotenoid ialah salah satu pigmen yang dihasilkan oleh keadaan semulajadi dunia. Ia adalah pigmen lipid-larut yang dihasilkan daripada warna kuning, oren dan merah seperti warna oren lobak merah, warna merah tomato dan jagung yang berwarna kuning. Kebanyakan karetenoid terkumpul di dalam daun tumbuhan, plankton dan alga.
Setakat ni terdapat lebih kurang 650 jenis karotenoid semulajadi yang telah dikenalpasti. Ia boleh dibahagikan secara umumnya kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan karotenoid dan kumpulan xanthophylls. Beta karoten adalah 'wakil' kumpulan karoten yang memberi faedah kepada kesihatan.

Pada tahun 1930, beta-karoten dikenalpasti berupaya bertindak sebagai provitamin A (proses menukar sebahagian beta-karoten kepada vitamin A di dalam badan manusia). Beta-karoten telah disahkan sebagai anti oksida yang kuat pada tahun 1980.
Dalam karotenoid jenis xanthophylls pula, astaxanthin adalah yang paling baik dan berkesan. Sumber terbaik astaxanthin adalah daripada microalga Haematococcus Pluvialis.
Menyedari kehebatannya, formula Dr. Azimuth menggunakan astaxanthin dari sumber ini. Ianya halal, bersih dan diproses secara saintifik, di bawah jenama Dr. Azimuth "Astaxa Bioessence".

Astaxanthin yang Hebat
Astaxanthin berkesan menentang radikat bebas oksigen singlet dan lipoperaoxide dalam sel badan manusia.

Astaxanthin kini diketahui mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menghalang tindakbalas radikal bebas oksidasi oksigen singlet yang amat bertoksid kepada sel manusia. Penggunaan astaxanthin boleh menghalang penghasilan lipoperaoxide yang boleh memudaratkan tisu badan.
Astaxanthin mempunyai kesan anti oksida yang paling hebat jika dibandingkan dengan vitamin E atau kumpulan beta karoten yang lain.

Astaxanthin menunjukkan kesan aktiviti anti oksida yang amat tinggi iaitu mencapai 1000 kali lebih tinggi daripada Vitamin E (a-tocopherol) dalam menentang tindakbalas lipid peroxidation (pengeluaran lipoperoxide) di sel mitochondria hati yang disebabkan oleh iron bivalen.

Astaxanthin juga didapati mempunyai kekuatan lebih 100 kali ganda daripada Vitamin E dan sepuluh kali ganda lebih daripada beta-karoten dalam menentang oksidasi oksigen singlet radikal bebas.

Oleh yang demikian bolehlah dibuat kesimpulan bahawa astaxanthin adalah anti oksida yang kuat.

FAEDAH ASTAXANTHIN ::
Apabila astaxanthin dimakan, kita akan memperoleh kesan tindakan vitamin A serentak dengan kesan anti oksida seperti :-

Mengekalkan kenormalan fungsi mata, menghalang rabun malam, mata letih dan lain-lain
Memperkuat membran mucus, berkesan menghalang penyakit berjangkit
Menghalang kulit kering, kedut dan kendur dan anti penuaan (anti ageing)
Memastikan pertumbuhan gigi yang sempurna dan mengekalkan fungsi reproduktif dan lain-lain

Walaupun aktiviti provitamin A yang terdapat pada astaxanthin kurang jika dibandingkan dengan Vitamin A atau beta-karoten, faedah yang terdapat di dalam vitamin A tetap diperolehi dengan selamat tanpa perlu risau kesan negatif disebabkan pengambilan vitamin A yang berlebihan seperti pening kepala, masalah hati, masalah kulit dan sebagainya.

Menghalang Kanser dan Metastasis Dengan Berkesan
Astaxanthin jauh lebih berkesan daripada beta-karoten dalam menghalang kanser dan metastasis.

Penginjesan astaxanthin amat berguna dalam menentang kanser. Kajian yang dijalankan oleh Yishifumi Tomita, pembantu professor di Fakulti Pertanian di Universiti Miyazaki telah mengesahkan perkara ini. Kajian ini mendapati keupayaan astaxanthin menyekat perkembangan sel kanser lebih baik daripada beta karoten.

Menghalang Metastasis barah yang disebabkan tekanan (stress)
Kebelakangan ini, tekanan (stress) telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada faktor risiko kanser. Hal ini disebabkan tekanan menghasilkan jumlah oksigen aktif yang tinggi di dalam tubuh badan. Ia juga menggalakkan penghasilan, pembiakkan dan metastasis kanser. Kajian mendapati astaxanthin berupaya mengawal proses ini.

Astaxanthin menentang beberapa jenis kanser dengan berkesan
Selain daripada penemuan yang telah dinyatakan di atas, penyelidikan yang dijalankan oleh Profesor Hoyoku Nishino dari Universiti Perubatan Prefectural mengesahkan bahawa astaxanthin juga berkesan dalam menentang penularan kanser paru-paru, kulit dan neuroblastoma.

Kajian ini juga mendapati risiko kanser kolon juga dapat dikurangkan sehingga separuh dengan pengambilan astaxanthin selama lapan bulan secara berterusan. Selain daripada itu astaxanthin juga didapati berkesan menentang kanser jenis lain seperti kanser mulut, hati dan payu dara.

Menentang Penyakit Diabetes
Kesan penyakit diabetes amat menakutkan. Apabila insulin iaitu sejenis hormon yang dirembeskan oleh pankreas tidak lagi berupaya menjalankan tugasnya dengan berkesan, tubuh badan manusia tidak akan mampu menggunakan sepenuhnya gula yang diambil melalui pemakanan. Hal ini akan menyebabkan kandungan gula berkumpul di dalam darah dan akhirnya menyebabkan diabetes. Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah meningkat dengan kroniknya dan kemudian gula mula dikeluarkan daripada tubuh melalui air kencing iaitu kencing manis.

Astaxanthin dapat mengawal diabetis dengan berkesan seperti:
a) Kandungan gula dalam darah telah dapat dikawal dan diseimbangkan ke paras normal
b) Aktiviti enzim anti oksida dapat mengurangkan tekanan terhadap hati
c) Kuantiti lipopreroxide dapat dikurangkan (proses lipoperoxide berkurang)
d) Pengurangan kolesterol dan triglyserid di dalam darah (kurang merosakkan peredaran darah)e) Katarak mata disebabkan kencing manis dapat dihalang dengan ketara.

Astaxanthin yang digabungkan dengan terapi diet mungkin berupaya menentang perkembangan diabetes dengan lebih berkesan.

FAEDAH ASTAXANTHIN
Astaxanthin Menjadikan Kulit Cantik Tanpa Kedut dan Tompok Hitam
Radikal bebas oksigen aktif boleh mendatangkan mudarat kepada kulit. Pendedahan kepada cahaya matahari yang keterlaluan menyebabkan kulit berkedut dan bertompok-tompok hitam. Ini disebabkan cahaya ultra ungu yang terdapat di dalam cahaya matahari menghasilkan jumlah radikal bebas yang banyak pada kulit dan boleh menyebabkan keradangan, kerosakan pada protein yang menyokong kepejalan kulit dan mempercepatkan pengeluaran pigmen melanin yang menyebabkan kulit menjadi bertompok hitam.

Peningkatan umur juga adalah faktor utama menyebabkan kulit berkedut dan bertompok-tompok. Adalah dipercayai bahawa astaxanthin yang dimakan setiap hari akan membolehkan tubuh badan menyingkirkan radikal bebas (oksigen singlet) yang dihasilkan oleh cahaya ultra ungu. Selain daripada itu aktiviti provitamin A astaxanthin juga dipercayai dapat melawan kedutan dan kulit mengendur dengan berkesan. Kesan kulit yang cantik ini juga boleh diperolehi jika astaxanthin disapukan pada bahagian luar kulit. Pengumpulan pigmen yang boleh menyebabkan tompokan hitam pada muka telah terhalang apabila kulit disapukan dengan astaxanthin.

Da Baca ? Sila Like , Donate N Komen Kalau Sudi .